IPOH: Kerajaan Perak sentiasa memantau isu keselamatan khususnya di kawasan berisiko zon batu kapur di negeri ini kerana membabitkan nyawa rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan kerana ia berisiko mengancam nyawa.
"Kita sentiasa berpegang kepada peraturan dan garis panduan sedia ada dan ia menjadi rujukan utama bagi mana-mana agensi di negeri ini. Sebab itulah kita tubuhkan Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri Perak pada 2022.
"Kerajaan negeri tidak boleh ambil keputusan secara terburu-buru hanya kerana satu kes sahaja untuk kita membuat dasar, sebaliknya mengambil kira semua aspek dan paling penting adalah faktor keselamatan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di sini hari ini.
Pada 8 April lepas, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun, maut akibat ditimpa batu di Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.30 pagi.
Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Pulau Pangkor sedang membawa rakannya warga Vietnam melawat tempat pelancongan berkenaan.
Susulan itu, kawasan pelancongan itu ditutup sementara sehingga laporan penuh insiden itu disiapkan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
Berhubung gesaan penduduk Taman Saikat supaya tempat itu ditutup selamanya, Saarani berkata kerajaan negeri akan meneliti perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya.
"Kita ambil maklum gesaan dan saranan yang disuarakan penduduk... semua aspek berkaitan kes ini diambil maklum, namun ia bergantung kepada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa kelak yang telah pun bermesyuarat.
"Kita juga dimaklumkan hasil siasatan mendapati berlaku ubah suai pada struktur gua termasuk di kaki bukit oleh 'tangan' tertentu yang sepatutnya tidak boleh diusik.
"Macam kes yang berlaku di Qing Xin Ling, pihak pengusaha telah memasang pelindung bagi objek jatuh sebagai langkah keselamatan, namun tahap keselamatan tidak mencukupi," katanya.
Menurut Saarani Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah mengeluarkan pekeliling kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memastikan setiap pengusaha mempertingkatkan aspek keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Saarani Mohamad berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan kerana ia berisiko mengancam nyawa. - Gambar fail/Bernama
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
'Keganasan bola sepak': Modus operandi serangan digunakan serupa - PDRM
Modus operandi yang digunakan dalam serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim adalah serupa.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani
Kerajaan Perak sentiasa memantau isu keselamatan khususnya di kawasan berisiko zon batu kapur di negeri ini kerana membabitkan nyawa rakyat.
Berat pesawat terhempas di Klang melebihi had maksimum berlepas - BSKU
Pesawat yang terhempas di Kapar, Klang pada 13 Februari lalu, didapati mempunyai berat melebihi had berat maksimum ketika berlepas.
TH terima permohonan maaf pengadu, dakwaan wang hilang selesai
TH menerima permohonan maaf daripada seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini mendakwa wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya hilang.
Laporan awal pesawat terhempas di Klang dalam tempoh 30 hari
Laporan awal siasatan pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar, Klang pada Selasa lepas akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
Pesawat terhempas di Klang: Proses bawa keluar bangkai dijangka selesai hari ini
Usaha membawa keluar serpihan pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di kawasan kebun Kampung Tok Muda, bermula pada pagi Rabu.
JKM kesan ahli keluarga lain mangsa rogol, pukul bapa sendiri
JKM sedang mengesan ahli keluarga yang lain bagi mangsa rogol dan pukul bapa kandung di Kendong di Rembau.
Hasil siasatan tentukan tindakan atas kartel beras - Mat Sabu
KPKM menegaskan bahawa hasil siasatan menjadi penentu kepada setiap hukuman yang akan dikenakan berkait isu kartel beras.
Nahas JAL516: Pesawat Pengawal Pantai Jepun tiada kebenaran berada di landasan
Pengawal trafik udara tidak menyedari bahawa pesawat pengawal pantai telah memasuki landasan dalam kejadian pada Selasa itu.